Followers

Tuesday, April 14, 2015

Nak Kurus Cepat Selepas Bersalin Ikut Petua Baru Ini

Perempuan mana tak nak kurus selepas bersalin. Masing-masing dah teruja nak dapat kembali bentuk badan macam mula-mula kahwin. Bentuk badan sebelum gemuk sebab hamil. Video ibu yang berjaya kurus selepas pantang anak ketiga ini akan buat anda rasa, "Eh, senang je nak kurus. Aku pun boleh!"




Cara Salwa turunkan berat 20kg selepas pantang dan masih maintain production susu, malah sempat lagi tampung 2 anak susuan: 
  • menyusukan anak sepenuhnya. Menyusu membuatkan lebih banyak kalori terbakar. Hubungan anak dan ibu pun sangat kuat.
  • Banyak minum air kosong
  • Berhati-hati dengan setiap apa dimakan - nutrition conscious.
  • Mengamalkan suplemen tambahan untuk kurus sambil menyusu: ESP, Alfafa, Lecithin, Omega. Fungsi 2 dalam 1 - membakar lemak, menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar dan menggalakkan pengeluaran susu.
 Salwa dah kongsi amalan selepas bersalin yang buat dia berjaya kurangkan 20kg dengan cepat. Saya pula ada cara yang dikongsi kawan sendiri, amalan sebelum bersalin yang juga patut diamalkan untuk slim cepat.
 
Pernah tak  ibu-ibu terfikir kenapa badan membesar dengan jayanya sewaktu hamil? Salah hormon? Atau kerana salah makan? Renung-renungkan dan jawab sendiri 😉. Ketika hamil, wanita cenderung untuk makan lebih dari biasa. Tanpa rasa bersalah malah rasa megah. Megah dngan lesen "Saya makan ni untuk dua orang." Padahal tanggapan ini salah.

Ketika hamil, ye benar ibu mengandung perlukan lebih kalori juga lebih zat, vitamin dan mineral. Tetapi "lebih" bukan sampai makan untuk 2 orang kenyang. Fakta sebenar ibu mengandung cuma perlukan tambahan 50-300 kalori berbanding orang biasa. 300 kalori bersamaan sekeping roti disapu sesudu mentega dan sebiji pisang. Itu je. Tak banyak pun kan?

Kisah benar ibu yang berjaya kurus dalam 3 bulan selepas bersalin. Rakan sekerja saya sendiri. Selepas saja dia kembali bekerja, rupanya lebih kurus dari sebelum hamil. Jeles la orang keliling yang dah lama simpan niat nak slim tapi niat tinggal niat. Badan makin hari makin bulat. Kalau makin bulat bertekad tak apa lah juga. 

Ok, saya tahu akhirnya apa rahsia cik puan anak dua ini kurus begitu cepat. Rahsianya dia ikut cara makan yang betul ketika mengandung, bukan ikut cakap orang sekeliling. Dia tak terpedaya dengan fahaman tradisi - Ibu mengandung kena makan banyak, kena rehat banyak, yang mana teringin kena cari dan makan puas-puas.
 
Katanya dia tak ikut itu semua sebab dia sedar akibatnya nanti semua baju cantik yang dia ada tak akan muat lagi. Jadi dia cuma makan seperti biasa. Tak pernah berlebihan. Kemudian dia juga menyusu dan bekerja. Hasilnya, dalam tempoh pantang semua lebihan lemak dah habis terbakar. Langsing kalah anak dara.

Rahsia kurus sebelum dan selepas beranak dah terbongkar. Kalau betul-betul mahu dari hati yang dalam, ikutlah betul-betul hingga berjaya. Kurus bukan hak eksklusif mereka sahaja, tapi anda juga. Jika mahukan set menyusu sambil kurus, saya sedia membantu!
 
Yong  019 959 8249
Rakan Nutrisi Anda

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...