Followers

Wednesday, July 23, 2014

Doa di bulan Ramadhan dan Malam Lailatul Qadar

Ramadhan semakin tiba ke penghujung. Zon 10 Ramadhan terakhir. Zon kecemasan. Allah...dah tak banyak masa.

Zon Lailatul qadar...
Apa doa yang digalakkan dibaca di malam Lailatul Qadar? 
Doa memohon keampunan dari segala dosa daripada Tuhan Yang Maha Pengampun.
Doa yang simple. Doa yang sering dibaca dan diulang. Doa yang besar maknanya. Mudah dihafal. Mudah diamalkan.

Doa untuk diamalkan di bulan RamAdhan dan malam Lailatul Qadar.
Dipetik dari buku "101 Doa Daripada hadis-hadis Sahih"
 
Semoga mendapat Lailatul Qadar. Selamat berdoa. Semoga kita semua mendapat keampunan. Semoga mendapat jaminan pembebasan dari api neraka. Semoga mencapai takwa.

Amin.

Friday, July 18, 2014

Kulit Kering? Syukurlah Masalah Tu Dah Hilang dengan Tips ini

Pagi tadi saya cuba garu-garu tangan dan lengan. Saja test kelembapan kulit. Maklum saja bulan puasa ni kurang minum, kurang makan. Kurang bendalir dalam badan yang boleh mengakibatkan kulit jadi kering bersisik. Kesannya boleh nampak bila kita garu-garu kulit...tempat garu jadi putih. Tanda ada sel kulit yang tertanggal. 

Syukurlah, kesan putih tak kelihatan. Kulit memang rasa lembap dan lembut. Bebas masalah kulit kering yeay! Amalan setiap hari tiap kali sahur, saya bancuh ESP dan Performance Drink. Rasa lemak-lemak oren.

Saya minum ni di bulan puasa. Kulit kering bukan masalah :)

Ketika berbuka, bancuh Performance Drink je dengan air sejuk dari peti. Rasa macam oren Tang. Tak ada karbonat dan tak ada gula berlebihan. 2-3 hari kebelakangan ni cuba-cuba tambah Vivix juga. Rasa sedikit kelat bila campur Vivix tapi rasa kelat yang sedap :). 

Kemudian, cuba minum air sebanyak mungkin lepas berbuka hingga waktu sahur. Biar ganti balik apa yang hilang di siang hari. Minum sikit-sikit, tapi kerap. Selepas tiap 2 rakaat terawih, harus minum 3-4 teguk sebelum sambung rakaat seterusnya. Air pula, mestilah air bersih yang ditapis. Lebih baik untuk kesihatan fizikal. Saya guna "Water Pitcher Shaklee" je untuk tapis. Senang nak angkut ke mana-mana. Air pun jernih je.

Performance Drink + Vivix
Minuman kesukaan. Hilangkan dahaga dan tambah tenaga.

Sepanjang berpuasa, Alhamdulillah badan rasa bertenaga. Macam hari-hari biasa yang makan 3-4 kali sehari. Tekak rasa basah, perut rasa kenyang. Saya yakin ini kerana keajaiban niat. Tanpa niat untuk puasa keesokan harinya, senang benar perut menjerit lapar menjelang jam 11 pagi. Lagi awal dari waktu makan tengahari.

Lepas ni, kalau ada orang tanya, macam mana nak hilangkan kulit kering? Apa produk terbaik yang akak boleh cadangkan?

Akak akan jawab, "Cuba Performance Drink dan ESP".

Performance Drink mengekalkan bendalir dalam badan, mengelakkan dehidrasi yang teruk, walau dalam cuaca panas kering.

ESP pula memberi rasa kenyang lebih lama (sesuai lah untuk bulan puasa ni..dan untuk orang yang tengah berazam nak kurus kan?). Di samping  itu, ESP dengan protien terbaik ini membantu merawat dan memulihkan sel kulit yang rosak.

Kombinasi kedua-duanyanya....kulit licin, lembut, lembap. Tak ada lagi masalah kulit kering bersisik menggerutu :)

Oh ye, kalau kulit tangan OK, kulit muka pun OK laaa.. :) :)

Nak rasa apa yang saya rasa?

Boleh hubungi wakil Shaklee pilihan anda:
Yong 019 959 8249 | tuankalsum[at]gmail.com

Nak cari wakil Shaklee berdekatan? Klik bawah ni:

Atau...order sendiri kat sini ye. Pastikan anda guna Mozilla Firefox.




Amalan Senang, Pahala Banyak

20 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik dah masuk fasa ketiga Ramadhan. fasa pecut. Tapi...kalau belum mampu pecut, mesti rasa kecut perut. Macam  mana nak raih pahala sebanyak-banyaknya dalam masa 10 hari je lagi ni?

Ada amalan mudah yang boleh buat bila-bila masa tapi dijanjikan dengan timbangan amal yang sangat banyak/sangat berat.

Kalimah "Laa ila ha illallah".


Kalimah paling ringan untuk disebut, tapi paling berat timbangannya di sisi Allah.
Cuma perlu buka sedikit mulut (tak perlu sampai terlopong), dan gerakkan lidah.

Subhanallah..memang senang nak sebut dan syukurlah...inilah kalimah yang diwajibkan untuk diucap ketika nazak sebelum nyawa berpisah dari jasad.

Selamat beramal. Selamat memecut. Selamat berzikir.
Selamat meraih pahala sebanyak-banyaknya.


Friday, July 4, 2014

Tips Khatam Al-Quran Setiap Hari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sudah 6 hari kita menjalani ibadah puasa. Salah satu aktiviti wajib dalam bulan ni, mestilah baca Al-Quran. Targetnya baca sampai khatam. Satu hari satu juz. One Day One Juz. ODOZ.

Pada yang bermula 1 Ramadhan, pasti dah masuk juz ke-6 hari ni. Pada yang bermula sejak Rejab dan Syaaban, mesti dah hampir separuh Al-Quran sekurang-kurangnya.

Untuk orang biasa (macam saya), untuk habiskan satu juz satu hari merupakan pencapaian yang besar. Kalau hari biasa, seminggu baru habis satu juz. Itupun kalau istiqamah baca sehari selembar setengah.

Sedar tak, sebenarnya ada cara mudah untuk khatam tiap-tiap hari.
Rahsianya ada pada surah Al-Ikhlas.
Surah Al-Ikhlas bersamaan 1/3 Al-Quran.
Baca 3 kali...dah sama dengan khatam satu Al-Quran. Subhanallah Allah Yang Maha Baik memudahkan.

Nak khatam Quran bila-bila masa pun boleh. Ikut sunnah, setiap muslim perlu khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sebelum dia tidur. Itu mengikut riwayat yang menceritakan pesanan Rasulullah SAW kepada puteri kesayangan, Fatimah.



Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara":
1. Sebelum khatam Al-qur'an
2. Sebelum memjadikan para Nabi memberimu syafa'at di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meredhai kamu
4. Sebelum kau melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Bertanya Siti Aisyah ra:
"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara 
seketika dalam semalam?"

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda :
1. "Jika engkau tidur bacalah Surah Al-ikhlas 3x seakan-akan engkau mengkhatamkan Al-qur'an."

2. "Membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat." 

3. "Beristighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu."

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."


Semoga bermanfaat untuk sama-sama kita amalkan :)

Thursday, July 3, 2014

Tips Jika Melecur terkena Air Panas/Minyak Panas agar tak melarat dan berparut

Bulan puasa macam ni, ramai lah ibu-ibu malah anak-anak dara juga yang suka masuk dapur. Masak menu berbuka sendiri. Lebih sedap dan jimat.

Bila masuk dapur, kemalangan tak dapat dielakkan. Hiris bawang terhiris tangan. Goreng ikan terpercik minyak panas. Masak air tercurah air panas. Semalam saya baru terkena periuk panas ;). Malang sungguh. 

Apa nak buat tengah panik menahan kesakitan tu?
Luka melecur tak boleh dibiarkan lama. Nanti naik gelembung-gelembung air yang pedih tu. Sebelum gelembung tu naik, kena ambil tindakan segera merawat dengan apa yang ada kat rumah. Sebab tu lah kat rumah wajib ada peti kecemasan. Untuk kegunaan waktu kecemasan/waktu kecederaan macam ni la.

Apa nak buat supaya luka melecur tak melarat dan tak meninggalkan parut?
Bila tersentuh periuk panas tu (sebenarnya nak angkat periuk, tapi lupa lapik), reseptor sakit macam terkena renjatan. SAKITTT. Alhamdulillah semua reseptor berfungsi secara normal. Sakit kejap. Pastu cepat-cepat cari botol Basic H dan titik kat tempat sakit. Terasa pedih. Kemudian cepat-cepat masuk bilik, carik vitamin E. Vitamin E berguna sangat untuk luka terkena pisau atau terkena minyak panas atau terkena air panas. 

Ambik sebiji Vitamin E, cucuk kapsulnya, picit dan sapu vitamin E kat tempat sakit tadi. Tak rasa pedih. Gelembung air tak sempat naik. Parut berjaya dihalang :)

Ni gambar sebelum ni, tercurah air panas menggelegak kat tangan. Sapu vitamin E jugak. Tak sempat naik gelembung-gelembung air tu. Tak ada kesan melecur juga. Alhamdulillah.

Hati-hati di dapur kalau tak nak jadi macam ni

Ibu-ibu, gadis-gadis di luar sana boleh amalkan tips ni untuk merawat luka melecur/luka terkena pisau menggunakan vitamin E. Insyaallah luka cepat bertangkup, yang melecur pun takde parut. 
Vitamin E memulihkan luka dan menghilangkan parut

Yong
019 959 8249
Pengedar Shaklee P.Pinang

Wednesday, July 2, 2014

Puasa Untuk Kurus, Puasa Untuk Diet Sia-sia dan Merugikan

Seminggu sebelum puasa, bantai apa saja yang teringin nak makan. Makan berlebih-lebihan hinggakan naik berat badan. Pujukan paling berkesan masa tu..."takpe, takpe, minggu depan dah puasa. Bulan puasa boleh diet, boleh kurus,". Entahkan nafsu yang memujuk atau bisikan syaitan yang menghasut..

Makan berlebihan hingga naik berat dan ukur lilit badan. Dengan harapan dapat kurus selepas puasa.

Lalu, terniatlah di hati aku nak puasa sebab nak kurus.

Menurut ustaz Zul Ramli melalui segmen "Usrah Nurani" di IKIM.fm setiap Jumaat, 5.15 petang, puasa itu hanya boleh diniatkan 'kerana Allah'. Niat selainnya menyebabkan puasa jadi sia-sia. Tak kiralah walau sudah berniat di malam hari dengan lafaz yang biasa dihafal dan dibaca, berpuasa dengan harapan nak turunkan berat badan, nak jimat duit, nak jadi lebih sihat, nak turunkan kolesterol telah menodai matlamat puasa yang dituntut.

Matlamat yang dimahukan - nak kurus, nak jimat, mungkin tercapai tetapi matlamat puasa yang sebenar [berpuasa kerana Allah] tergendala kerana kesilapan niat. Sama seperti ibrah dari kisah hijrah Rasulullah SAW ke Kota Madinah. Seorang hamba Allah menyertai hijrah kerana menyintai seorang wanita. Maka, dia mendapat cinta wanita tersebut, tetapi tidak mendapat pahala hijrah.

Puasa adalah ibadah yang sangat istimewa. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam beberapa riwayat terkenal, antaranya:

Setiap amalan anak Adam adalah untuknya, melainkan puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku yang akan memberi balasan dengannya, puasa itu adalah perisai, maka pada hari yang seseorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia bercakap keji, dan meninggikan suara (seperti orang bodoh). Jika ada seseorang yang mencelanya atau berkelahi dengannya, maka hendaklah dia mengatakan: sesungguhnya aku seorang yang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad berada dalam gengamanNya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah berbanding mau kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu pula dua kegembiraan, iaitulah ketika dia berbuka, dia bergembira dengan berbuka puasa, dan ketika bertemu dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasa yang ditunaikannya.”  (Lafaz ini adalah berdasarkan riwayat al-Bukhari).

Begitulah, puasa itu khas untuk Allah.

Di padang Mahsyar nanti ketika kita mengusung pahala amalan, setiap orang yang kita  terhutang dengannya boleh menuntut pahala tersebut sebagai ganti/bayaran. Pahala setinggi gunung boleh menyusut jadi sebesar busut cuma. Lebih malang jika nilai yang tinggal jadi negatif. Tapi...untuk pahala puasa, ia terlindung dan tak boleh dituntut. Ia terpelihara. (ini yang saya faham dari perbincangan dalam segmen ni. Kalau silap pemahaman saya ni, mohon tegur).

Oleh itu, jagalah niat puasa kita - PUASA INI KERANA ALLAH. Apabila berpuasa kerana Allah, puasa sungguh-sungguh kerana mengejar takwa dan redha Allah. Insyaallah kesan sampingannya pasti ada kerana keberkatan puasa tersebut. Puasa kan mendidik nafsu, termasuk nafsu makan dan nafsu berbelanja :).

Oh, pagi ni, melintas pula di newsfeed status UZAR mengenai kesilapan niat puasa sebab nak kurus ni:

Puasa untuk kurus sia-sia.
Begitulah besarnya impak niat pada ibadah. Salah niat tak dapat pahala, dapat penat dan dahaga je. Semoga kita berniat yang baik-baik dan berniat dengan betul.

Semoga bermanfaat.

Tuesday, July 1, 2014

Suplemen Shaklee Untuk Tambah Tenaga di bulan Puasa

Cergas dan kuat di bulan puasa

Permintaan suplemen paling popular di bulan puasa ---->>> VITAMIN TAMBAH TENAGA. Semestinya dari Shaklee.
 

Apa yang terkandung dalam set vitamin tambah tenaga Shaklee?

Performance Drink: Saya suka mengandaikannya sebagai minuman isotonik tanpa gula dan tanpa gas. 

  • Ia membantu mengekalkan bendalir berada lebih lama dalam badan, maknanya ia mengurangkan risiko dehidrasi. 
  • Lebih istimewa, ia mengandungi spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium. 
  • Performance Drink juga mengekalkan tahap gula dalam darah, lalu mengekalkan tenaga badan lebih lama. Tak adalah kes pitam sebab kurang gula, tekanan darah rendah dan juga sebab kurang air dalam badan.
Performance Drink: Minuman isotonik tanpa gula dan gas untuk tambah tenaga di bulan puasa.


Energy Soy Protien: Sumber tenaga dari protien untuk kenyang lebih lama. Ia sangat bagus kerana Indeks Glisemik (GI) amat rendah, bermakna ia perlukan masa yang lama untuk diproses, lantas memanjangkan tempoh kenyang. 

Sangat penting untuk bersahur dengan makanan protien tinggi dan GI rendah supaya tak mudah lapar dan tak mengantuk di siang hari.

ESP: Protien untuk kenyang lebih lama dan kekal bertenaga di bulan puasa


Kenapa perlukan vitamin tambah tenaga Shaklee:

  • Bekerja dengan penuh semangat dan menghasilkan produktiviti luar biasa. Tak maulah orang kata, bulan puasa produktiviti menurun. Lebih-lebih lagi kalau kerja kat kompeni MNC. Pandai-pandai lah jaga nama Islam kan? Puasa bukan alasan untuk nampak lembik lemah tak bermaya. Puasa menyihatkan badan, bukan melemahkan dan mengurangkan prestasi kerja harian. 

  • Mahu beribadah dengan sebaik mungkin demi meraih ganjaran istimewa yng tersedia hanya di bulan Ramadhan. Macam mana nak solat terawih 20 rakaat kalau badan letih, mengantuk dan lenguh sana sini. Macam mana nak bangun solat malam bila mata susah sangat nak bukak sebab badan penat yang amat? Itu yang sunat. Yang wajib, solat 5 waktu pula lebih-lebih lagi perlu dijaga dan dikerjakan dengan sempurna. Tak tercapai khusyuk kalau kejap menguap kejap rasa pening dan melayang-layang.

  • Menjaga kesihatan kandungan dan diri sendiri bagi ibu hamil. Walaupun disediakan rukhsah untuk ibu yang khuatirkan kesihatan dan keselamatan ibu dan juga bayi, seboleh mungkin Ramadhan yang datang sekali setahun tak mahu dilepaskan begitu sahaja. Dengan supplemen, Insyaallah diberi tenaga tambahan untuk bertahan sehingga berbuka. Ganjaran pahala mengandung dan ganjaran berpuasa sekaligus. 

  • untuk mereka yang biasanya selalu kena serangan gastrik, suplemen tambah tenaga dari Shaklee ini membantu memberi rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan kadar dehidrasi. Insyaallah sangat membantu mereka menjalani puasa dengan gembira dan lancar.

  • Meneruskan penyusuan eksklusif untuk bayi tersayang. Orang kata, bulan puasa susu kurang. Namun, dengan pengambilan makanan yang seimbang dan betul ketika berbuka dan bersahur, ditambah pengambilan vitamin Shaklee ibu tetap mampu menyusukan bayi seperti biasa. Tak perlu risau sangat. Ramai ibu menyusu yang mengamalkan supplemen ini berjaya mengepam dan menyusu di bulan puasa. Badan pun rasa ringan dan segar..emosi, tentulah gembira tak terkata. 

Siapa yang perlu dan sesuai untuk mengamalkan set tambah tenaga ni?

  • Semua orang pun boleh!
  • Ibu menyusu.
  • Ibu hamil
  • Orang tua
  • Orang dewasa
  • Anak-anak yang baru belajar puasa
  • Surirumah
  • Pekerja kerajaan dan swasta (pendek kata mereka yang kerja pejabat)
  • Buruh (mereka ni guna banyak tenaga dan mudah dahaga)
  • Lelaki dan wanita (takde pilih kasih)
  • Untuk mereka yang mahu mengerjakan haji dan umrah. Sangat-sangat digalakkan!

Anda mahu kekal bertenaga ketika berpuasa dan cergas untuk terawih? Nak cuba kebaikan Set Tambah Tenaga paling laris ni?

 >>>>Klik untuk ORDER<<<<
 
Atau hubungi saya untuk dapatkan ESP dan Performance Drink. Konsultansi PERCUMA.
Yong 019 959 8249
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...