Followers

Thursday, January 17, 2013

Set Bersalin Shaklee, Set Pantang Paling Popular

Assalamualaikum ibu-ibu :)


Set Bersalin Shaklee jadi pilihan ramai ibu moden menjalani 40 hari tempoh berpantang sekarang ni. Baru je malam tadi kawan-kawan sekolah whatsapp nak 'book' set bersalin Shaklee sebagai persediaan berpantang. Pagi ni, ada lagi sahabat dari Lahad Datu, tengah pregnant 3 bulan, dah nak order set pantang Shaklee. Set pantang ni bukan boleh makan time pantang je tau...masa pregnant pun dah boleh ambil :)
* Yang bestnya, ada juga suami prihatin yang emel tanya pasal set ni, nak beli untuk isteri tercinta :)

Kenapa agaknya ramai nak berpantang dengan vitamin, bukan lagi pilih jamu?

Senang nak handle, tambah-tambah jenis yang pantang sendiri

Berpantang sendiri bagaikan sudah menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini. Jika anak dah masuk empat, mungkin ia perkara biasa. Tapi, untuk mereka yang menyambut kelahiran pertama sudah bersedia untuk mengurus diri sendiri...yakni berpantang tanpa pantauan orang tua, ia agak janggal. Namun, sekiranya dah duduk jauh dari keluarga dan ada halangan-halangan yang tak dapat dielakkan, ia satu-satunya pilihan yang tinggal. Bila ambil vitamin, semua tersedia dalam botol yang selamat. Tinggal bukak, ambil beberapa biji dan telan dengan air. Baunya --- lebih menyenangkan dari jamu.


Si suami juga tak sabar. Sayang pada isteri dan sayang pada anak yang bakal lahir. Atas kasih sayang inilah, si suami juga teruja nak cari set berpantang untuk isteri. Survey sana survey sini, yang paling popular sekarang ni set bersalin Shaklee :) 
[Saya tabik pada suami-suami yang sudi hantar emel nak pesan set vitamin untuk ibu mengandung mahupun untuk berpantang dan menyusu]
 

Set Bersalin Shaklee Popular dan diakui serasi oleh ramai ibu

Set bersalin Shaklee popular bukan kerana artis dan selebriti pun makan vitamin ni. Maklumlah, Ayu Raudhah, Tun Dr. Mahathir, Mak Nani ibu Hanis Zalikha, yang masih kuat, sihat, cantik pula tu ada amalkan Shaklee. Set ini popular kerana ibu-ibu sendiri puas hati.

Kata kawan saya dalam sembang-sembang ibu-ibu di group whatsapp kami:

 
Maafkan bahasa 'Jerman' kami. Hehehe. Kata kawan saya tu selepas dialih bahasa:
Aku ambik set pantang Shaklee aritu.
Memang segar rasa tubuh.
Orang cakap tak macam orang pantang.
Muka berseri je...


 Memang puas hati lepas ambil vitamin, lagak tak seperti orang pantang. Cergas semacam walaupun baru bersalin. Ada yang kena caesearean pun berpantang dengan senang dan tenang. Luka dan jahitan cepat kering, tenaga cepat pulih, emosi lebih ceria tak ada tekanan dan penyusuan lebih lancar. Lebih bestnya, banyak sangat testimoni kata, berat cepat turun! Senang kan? Makan je set bersalin, dapat semua kebaikan ni. Harga pun tak lah semahal beg LV ;p

Set Bersalin Shaklee basic set yang best dan popular!
Harga: RM268 utk kegunaan 4 BULAN.
 
Nak lagi best?
Tambahkan Ostematrix dan ESP!
Harga? Lebih murah dari beg LV.
 

 
TAK SABAR NAK BERPANTANG DENGAN SET BERSALIN PALING POPULAR NI?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


Wednesday, January 16, 2013

Cara menghilangkan senggugut dengan telur dan susu


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHILANGKAN SENGGUGUT INI?

Sakit datang bulan, atau senggugut/period pain amat mengganggu - apatah lagi apabila ianya jadi acara bulanan. Bagi wanita, peritnya sakit senggugut berada di tangga kedua selepas sakit bersalin. Ia biasanya menyerang remaja atau wanita yang belum berkahwin. 

Dulu, saya juga mengalami senggugut teruk. Sampai terbaring di katil, lesu dan sakit teramat tak boleh buat apa-apa. Meringkuk je dalam selimut dengan stokin tebal, dah macam orang dalam pantang. Pernah saya cerita, tips kurangkan period pain atau senggugut ini dengan cara MAKAN TELUR separuh masak. Tips ini saya dapat dari kawan India saya.

Saya cuba amalkan makan telur ni tiap kali 'tarikh itu' dekat-dekat nak sampai. Makan sehari dua sebelum tarikh tu sehinggalah 'kawan baik' ni menjengah. Alhamdulillah berkesan. Tak perlu lagi ambil ubat tahan sakit. Ye lah kan, ubat ni kuat. Makan kejap je terus hilang sakit. Kalau selalu-selalu amalkan, bahaya juga kesan jangka panjangnya. 

Kenapa agaknya telur boleh mengurangkan kesakitan akibat cramp senggugut?
Apabila saya belek-belek buku nutrisi, dalam bab Vitamin B...ada satu perenggan yang menarik perhatian. Vitamin B6 atau dikenali juga sebagai Pyridoxine mampu mengurangkan simptom PMS dan melegakan senggugut!

Salah satu sumber makanan yang kaya dengan pyridoxine ini ialah TELUR!
Jadi, terjawab sudah persoalan selama ini.

Setelah mengetahui fakta ini, bagi memudahkan lagi diri ini yang mungkin tak sempat nak rebus telur, maka jalan mudah saya telan je vitamin B-Complex (dalam B-Complex ni dah ada vitamin B6 aka pyridoxine) bersama Ostematrix (Kalsium).

B-Complex membantu saya tenang, lebih bertenaga dan segar (tak ada lah rasa nak marah orang kan time PMS ni..hehe). Manakala Ostematrix pula bertujuan meredakan ketegangan saraf yang menjadi punca cramp pada perut yang menambahkan sakit senggugut.

Bukan saya je yang rasa lega dapat elak/kurangkan sakit senggugut ni. Maria Awi pun sama. Sebelum ni dia senggugut macam nak patah pinggang. Sakitnya macam kontraksi nak bersalin.


 

Semoga tips ini berguna dan dikongsi dengan ramai orang :)


B-COMPLEX, OSTEMATRIX DAN GLA COMPLEX UNTUK SENGGUGUT
Samada B-Complex + Ostematrix atau makan je GLA Complex untuk masalah senggugut. Setel!
 

NAK RASA LEBIH SELESA SEMASA DATANG BULAN?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.



Tuesday, January 15, 2013

Set Shaklee Untuk Gout


Serangan gout pada sendi ibu jari kaki


Tercari-cari supplemen yang membantu meredakan gout, sebolehnya set vitamin dari Shaklee? Jom baca ni. Ketahui punca, makanan yang perlu dielakkan dan cara mengatasi atau sekurang-kurangnya meredakan kesakitan akibat gout ini.

Pesakit gout sering mengalami sakit-sakit sendi. Paling kerap ia menyerang di sendi ibu jari kaki. Gout terjadi kerana kandungan asid urik berlebihan dalam badan, lalu membentuk kristal yang berkumpul pada sendi-sendi. Kristal-kristal inilah yang menghalang sendi dari berfungsi secara normal dan selesa.

Pesakit gout mengalami kesukaran bergerak dan berjalan, sakit kaki!



Keadaan gout akan bertambah buruk apabila pengidap memakan makanan tinggi purin. Contohnya seperti daging, ikan bilis, dan organ dalaman. Purin yang diproses akan menambah kandungan asid urik dalam badan.

Setelah mengetahui penyebab gout, maka, cubalah sedaya upaya mengelakkan makanan-makanan penyebab sakit ini dari menu harian. Untuk anak-anak, pantaulah pemakanan ibu dan ayah. Ini untuk keselesaan mereka bergerak dan untuk ketenangan jiwa dan minda kita juga kan? 

Selain mengelakkan kandungan tinggi purin, pesakit gout amat memerlukan air dalam badan. Air berfungsi untuk menyingkirkan asid urik dari badan. Kandungan air perlu sentiasa dikekalkan pada tahap optimum. 

Menyedari keperluan untuk menyingkirkan asid urik dalam badan dan juga mengekalkan kandungan air pada tahap optimum bagi pesakit gout, maka set Shaklee yang sesuai adalah:

Alfafa: Menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat. Ia turut menyingkirkan asid urik dari badan.

Performance Drink: Mengekalkan kandungan cecair dalam badan. Perlu juga meneruskan minum air setiap masa. Minum sikit-sikit tapi kerap.

Omega Guard/AJHT: Memberi keselesaan pada sendi.

Set Shaklee untuk gout: Alfafa, Performance Drink, AJHT dan Omega Guard
 

NAK KURANGKAN SEKSA SAKIT GOUT?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.








Monday, January 14, 2013

Set Menyusu Shaklee, 'milk booster' paling popular?

Sebut saja makanan untuk tambah susu, vitamin untuk tambah susu, cara nak tambah produktiviti susu...mesti ramai ibu-ibu yang akan kaitkan dengan Set Menyusu Shaklee. Seingat saya, Set Menyusu ini mula dipopularkan sebagai pelengkap nutrisi ibu yang menyusu sejak 2-3 tahun lepas. Ketika itu, saya baru belajar makan vitamin dan berkenalan dengan Shaklee.


Sejak diperkenalkan, ia mendapat sambutan hangat di kalangan ibu. Trend ini berterusan hingga sekarang sehingga jadi fenomena pula. Walaupun di awalnya, ramai yang menyanggah kenyataan 'ibu menyusu perlukan vitamin', namun setelah menelusuri keperluan pemakanan yang sihat dan lengkap untuk si ibu, kenyataan ini tidak mampu disangkal lagi. Walau bagaimanapun, seorang ibu perlu terlebih dahulu memahami konsep asas dalam penyusuan. Vitamin semata-mata tidak akan membantu. Saya pernah berkongsi cerita bagaimana set breastfeeding Shaklee ini tidak berkesan.

Kenapa ibu menyusu memilih set vitamin Shaklee?

Antara respon, testimoni yang diberi oleh ibu-ibu bijaksana ini selepas mula mengambil vitamin Shaklee untuk penyusuan adalah:


Kebaikan set menyusu Shaklee untuk ibu:

  • Susu lebih cepat penuh (ada tips and trick eksklusif yang saya kongsikan dengan pelanggan saya)
  • Badan tetap bertenaga untuk tempoh yang lama
  • Berat badan turun dengan cepat
  • Lebih tenang dan positif 
  • Suami PUJI**** (saya akan buat entri khas untuk ini..tunggu....)
  • Kulit lebih cerah, berseri, lembap dan lembut

Kebaikan set menyusu Shaklee untuk bayi:

  • Bayi lebih cepat kenyang
  • Hasil perahan nampak lebih 'creamy', pekat kekuningan
  • Berat bayi bertambah dengan cepat secara sihat - tak ada bayi yang disusukan ibunya mengalami obesiti

Kebaikan set menyusu Shaklee untuk suami:

  • Tak perlu bangun tengah malam untuk giliran bancuh susu ;)
  • Hubungan suami isteri lebih harmoni dan menggembirakan
  • Kepuasan tak terhingga kerana mampu menyediakan supplemen terbaik untuk isteri dan anak tersayang


SET 3M SHAKLEE
Vitamin-vitamin yang terkandung dalam set breastfeeding Shaklee. Menambah tenaga, mengurangkan tekanan dan melancarkan penyusuan Insyaallah.

Set Breastfeeding Shaklee Basic (Set B):

Vitalea
Bcomplex
Vitamin C
Alfafa

Set Breastfeeding Shaklee Eu4 Pack:


Vitalea
Bcomplex
Vitamin C
Alfafa
Ostematrix

Set Breastfeeding Optimum (set 3M):


Vitalea
Bcomplex
Vitamin C
Alfafa
Ostematrix
Energy Soy Protien (ESP) 

TAK SABAR NAK TEST 'MILK BOOSTER' POPULAR NI?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 

Thursday, January 10, 2013

Produk Kuruskan Badan Shaklee Buat Kulit Lebih Cantik dan Cerah

Produk kuruskan badan khas dari Shaklee ialah Cinch Shake. Cinch Shake diformulasi dengan protien berkualiti tinggi serta ditambah LEUCINE, bahan aktif yang membakar lemak sambil mengekalkan otot. Jadi, pengguna akan turunkan berat DAN mengekalkan otot mereka. 

Walaupun Cinch Shake ini sangat bagus, namun setakat ni baru 4 orang yang pesan dari saya. 2 orang kawan dan satu lagi pesanan dari anak dan ibu. Mungkin kerana orang tak tau kebaikannya. Jadi, suka saya berkongsi pengalaman mereka yang dah cuba Cinch Shake.

Saya bertanyakan pendapat 2 orang kawan yang menggunakan Cinch dan ESP dalam masa sebulan. Perubahan ketara yang mereka dapati:


Testimoni Cinch Shake: Pinggang lebih kecil, kulit lebih cerah, kulit tidak berminyak dan gelap bawah mata hilang


Pinggang mengecil, jeans pun londeh!

Kulit muka lebih licin dan tidak berminyak!

TESTIMONI PRODUK KURUS
Kulit lebih cerah dan putih, mata panda hilang!



Testimoni Cinch Shake: Kulit lebih bersih, skirt dan jeans muat kembali walau tak kontrol makan


Kulit lebih bersih

TESTIMONI PRODUK KURUSKAN BADAN
Perut tetap kempis walau tak jaga makan





  • Berat adalah turun sikit
  • Badan terasa lebih ringan dan segar
  • Saiz badan lebih mengecil. Baju lama muat kembali!
  • perut kempis - jeans lama dah jadi londeh
  • Kulit terasa lebih bersih, licin, lebih cerah dan tak berminyak!
  • gelap bawah mata dah hilang! - tak ada lagi mata panda. yeay!
Komen tambahan mereka ni: Aku tak kontrol sangat makan.

Kenapa berat tak turun sehebat-hebatnya macam 14kg dalam sminggu ke walaupun makan produk kurus ni? Adakah tak berkesan?

Jawapannya, berat memang tak turun sebab otot-otot masih dikekalkan. Walaupun berat turun sikit je, tapi, saiz nya dah kurang kan? Paha lebih kecil, lengan pun tak rasa menggeleber, perut pun rasa berotot dan kurang lemak tepu. Itulah fungsi LEUCINE yang membuatkan produk hebat Cinch Shake ni amat berbaloi untuk dicuba.

Untuk kesan lebih umphhh, cadangan lengkap untuk mereka yang benar-benar mahu mengubah bentuk tubuh badan yang berlemak kepada berotot, serta sihat, saya mencadangkan vitamin-vitamin untuk kurus juga. Vitamin untuk kurus ini berfungsi untuk detoks segala toksin dari tubuh, memecahkan lemak-lemak degil dan juga fiber untuk proses pembuangan lemak yang lebih efisien.

*Nanti nak follow up dengan pelanggan ibu dan anak pula. Hari tu dia dah tanya lagi pasal Cinch. Dah la rasa sedap, kesan pulak hebat!

Cinch Shake dan Energy Soy Protien untuk kuruskan badan - lebih slim, ramping, sihat dan cantik.
 

NAK KURUS CARA ISTIMEWA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.






Monday, January 7, 2013

Ubat Sakit Sendi, AJHT Shaklee Terbaik

SAKIT SENDI BAHU, SIKU, PINGGUL DAN SENDI LUTUT

Sendi utama kita: Sendi lutut, sendi pinggul, sendi bahu, sendi siku. 


Sendi amat berharga, ia menyambungkan bahagian-bahagian tubuh, membolehkan pergerakan sempurna dan selesa. Cuba bayangkan tubuh tanpa sendi. Masing-masing nampak macam robot nanti. Keras je. Haha. Nak jalan pun tak boleh, nak angkat barang tak boleh, nak membongkok, nak sujud, nak rukuk lagi la tak boleh kan. Pergerakan dalam solat pun banyak menggerakkan sendi-sendi, sedari takbiratul ihram hingga ke salam terakhir. Sakit sendi sampai susah solat ni pun masalah besar juga. Nak kena cepat-cepat cari ubat sakit sendi terbaik sampai boleh solat sempurna.

Ubat sakit sendi ada pelbagai, dari cara moden sampailah ke cara tradisional. Kalau di 'google', sampai berpuluh ribu 'search result' cara dan petua. Namun, saya cuma mahu kongsikan ubat sendi yang selamat, berkesan Insyaallah, dan telah melalui kajian terperinci dari makmal perubatan Shaklee.

Advanced Joint Health Tablet Untuk Sakit Sendi

Advanced Joint Health Shaklee dihasilkan dari ekstrak Boswellia yang digunakan dalam perubatan Ayurveda berkurun dulu untuk kesihatan sendi. AJHT ini merupakan satu-satunya produk di pasaran dengan  ekstrak Boswellia. Selain Boswellia, ia turut mengandungi ekstrak popular untuk keselesaan sendi, iaitu glucosamine (ekstrak jagung). AJHT dilengkapkan juga dengan Zink, Magnesium, Mangan dan Vitamin C. Semua nutrisi ini akan membantu dalam meningkatkan kesihatan sendi, meningkatkan kesan kusyen, serta menyediakan kusyen pelapik yang memberi kelesaan ketika bergerak.

Menariknya, AJHT yang sangat berkesan ini dibuat 100% dari formula sayuran dan bahan berasaskan mineral - pastinya selamat tanpa dadah!

*Seorang sahabat saya dari UKM memesan AJHT dan ostematrix untuk ibu dan ayahnya. Dalam 2 minggu selepas itu, beliau telefon saya, "Yong, mak kak Nabila kata sendi tangan dia dah tak sakit la. Best betul. Bangun pagi pun rasa segar je, nak membuang pun senang. Kak Nabila nak pesan lagi," begitulah pesanan untuk set kedua dan berterusan hinggalah November tahun lepas. Akhirnya, kawan saya dah jadi partner saya, terus subscribe jadi ahli sebab confirm tiap-tiap bulan dia akan pesan 2 set Ostematrix + AJHT untuk mak dan ayahnya. Kak Nabila ada di Sungai Petani. Orang Sungai Petani nak COD boleh hubungi terus Kak Nabila di 012-3181734.
Mak dah tak sakit sendi tangan. yeay!


>>>>KLIK UNTUK ORDER AJHT<<<<

Omega Guard Shaklee Untuk Sakit Sendi

Kaitan pengambilan minyak ikan dan masalah sendi sudah diketahui umum. Pakar kesihatan dan pakar perubatan biasanya mencadangkan pengambilan minyak ikan/omega-3 bagi mereka yang mempunyai masalah osteoarthritis. Dari pelbagai kajian, pengambilan omega-3 disimpulkan berkesan untuk mengurangkan radang sendi, bengkak sendi, dan kekakuan pada sendi. Selain dari fungsinya yang banyak untuk kesihatan sendi, Omega-3 juga bermanfaat untuk mengurangkan risiko penyakit Parkinson, membantu perkembangan otak dan mata pada bayi, membaiki perasaan 'moody'.


Ostematrix untuk Sakit Sendi

Ostematrix atau kalsium sebenarnya membantu kesihatan tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan sindrom osteoporosis. Masalah osteoporosis kebiasaannya menyerang wanita - lebih-lebih lagi mereka yang mengabaikan minum susu dan kurang bersenam. Tulang yang sihat dan padat menjamin sokongan pergerakan yang lebih meyakinkan. Pengambilan kalsium secara konsisten bukan sahaja meningkatkan kesihatan tulang, malah ia turut membantu masalah sembelit, membuatkan kulit lebih sihat dan berseri serta melegakan pengecutan otot perut akibat kontraksi semasa bersalin mahupun ketika datang bulan.

Set vitamin lengkap untuk mereka yang mahu meredakan sakit sendi lutut, sendi bahu, sendi tangan, sakit tapak kaki.

Klik Untuk ORDER
>>>>AJHT<<<<
>>>>OMEGA GUARD<<<<
>>>>OSTEMATRIX<<<<
>>>>SET LENGKAP UNTUK SAKIT SENDI<<<<
 

Tak de sakit sendi bahu, sendi lutut, boleh bermain dengan cucu dengan selesa :)


TAK SABAR NAK LEBIH AKTIF DAN SENDI LEBIH SELESA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

Selalu Penat - Bagaimana nak tambah Tenaga dengan Vitamin?


Akhir-akhir ini, saya kerap menerima pertanyaan cadangan supplemen untuk tambah tenaga, nak hilangkan penat dan mahu lebih fokus di tempat kerja. Mungkin kerana aura tahun baru. Tahun baru, azam pun baru. Jadi semua orang berazam nak kerja dengan bersungguh-sungguh - berikan yang terbaik dan tuai hasil yang lebih baik.  


Soalan "Bagaimana nak tambah tenaga dengan vitamin" ini datang dari lelaki dan perempuan. Ye lah, masalah selalu penat, lesu tak bermaya ni masalah umum, tak kira jantina. Saya suka sekali untuk berkongsi cadangan supplemen untuk masalah ini. Sebab...saya juga memulakan pengambilan supplemen atas sebab yang sama. Vitamin yang mula-mula saya makan: Vitalea, B-Complex, Vitamin C, dan Omega Guard.

Dulu, saya selalu rasa penat, sampai jadi malas nak masuk kerja. Bayangkan rutin kerja yang dimulakan dengan conference call setiap pagi, bersambung dengan segala laporan yang perlu disiapkan dalam jangkamasa singkat, ditambah dengan masalah-masalah kelancaran  projek yang memerlukan kita berhubung dengan pihak ketiga setiap jam, amat-amat memenatkan fizikal dan mental. Kerja pula bukan 8-5 je, dari pagi bersambung ke malam bersambung lagi sampai pagi.  (I'm not complaining..hehe ;p. Best apa jadi engineer ni...masa digunakan sepenuhnya untuk kerja).

Di sini saya senaraikan vitamin yang membantu untuk memulihkan tenaga dan menghilangkan kelesuan tubuh. Harus diingat, vitamin bukan dadah, makan sehari terus jadi kuat macam badang. Ia perlukan masa untuk menyeimbangkan nutrien dalam tubuh sebelum menampakkan kesan yang dimahukan.

Keletihan dan kelesuan kronik menjejaskan prestasi dan kredibiliti

Multivitamin untuk Tambah Tenaga (Vitalea Shaklee)

Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan mikronutrien orang dewasa. Insyaallah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel darah merah, mengelakkan anemia dan meningkat paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, kalsium, fosforus, vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang.   

B-Complex untuk Tambah Tenaga

Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 vitamin B penting untuk keperluan harian badan. B-Complex adalah salah satu vitamin kesukaan saya kerana pengambilan setiap pagi membantu saya lebih tenang (vitamin anti-stress), bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Lengkap untuk keperluan sel, menjadikan sistem tubuh bekerja dengan sempurna. B-Complex dioptimumkan dengan pengambilan bersama vitamin C.  

Vitamin C Untuk Tambah Tenaga

Vitamin seperti juga BComplex, mudah larut dan musnah dalam badan. Oleh itu, bekalan vitamin C yang berterusan amat penting untuk menyokong segala proses dalam badan. Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gusi dan gigi serta kesihatan keseluruhan. Individu yang sering rasa penat, letih, lesu dan tidak bermaya mungkin kekurangan vitamin C.  


Energy Soy Protien Untuk Tambah Tenaga

Energy Soy Protien (ESP) adalah protien sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya  rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama. Pengambilan susu bersama ESP dan kurma memberi badan lebih tenaga untuk bekerja dengan produktif sepanjang pagi. Prof Muhaya, ada memberikan resepi istimewa yang beliau amalkan setiap pagi demi mendapat khasiat dan nutrisi lengkap pagi hari. Resepi soya, susu dan kurma pernah saya kongsikan sebelum ini.

Wellness Set - set asas untuk tambah tenaga, hilangkan kelesuan bagi mereka yang selalu penat di pejabat atau di rumah. Sesuai untuk lelaki dan wanita.

 Ini perkongsian Puan Azlina yang telah mencuba Set Vitamin Tambah Tenaga. Dulu beliau harus MC setiap kali balik outstation sebab penat melampau. Sekarang ni, dari airport boleh terus masuk kerja. Perubahan yang sangat ketara !

 


Minah Ni Cepat Penat & Pancit Kalau Balik Travel. Nasib Baik... from iReach HD on Vimeo.


NAK TAMBAH TENAGA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.


Thursday, January 3, 2013

Vitamin Untuk Memutihkan Kulit

Saya selalu dapat pertanyaan, "Kak, vitamin C ni boleh putihkan kulit tak?"


Lalu, dengan senyum dan sabar kakak ini menerangkan, "Vitamin C ni boleh mencerahkan kulit. Mengikut pemahaman orang melayu, boleh putihkan kulit la tu. Tapi, bukan makan sehari, seminggu terus putih melepak. Jadi, kena faham fungsi vitamin C atau vitamin-vitamin lain untuk dapatkan kulit putih ni. Maklum saja, standard orang sekarang, nak dapat kulit putih macam Adira, dalam masa sesingkat mungkin. Lagi, definisi kulit cantik bukan semestinya 'putih' :) ".

Kulit akan kelihatan cerah/putih dan cantik sekiranya:
  • kulit tegang tanpa kedut-kedut yang menampakkan ciri-ciri 'tua'
  • kulit berseri, tidak kusam, bebas anemia
  • tuan empunya diri sentiasa ceria, suka senyum dan sentiasa berfikiran positif
  • kulit memang dah sedia putih sejak lahir (faktor genetik)

Bagaimana Vitamin C memutihkan/mencerahkan kulit

Vitamin C menghalang serangan radikal bebas yang akan menyebabkan sel kulit rosak, kusam dan berkedut. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen yang memelihara kesihatan, ketegangan dan kelicinan kulit. Untuk memastikan kulit cerah pula, vitamin C berperanan menghalang pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.


Bagaimana Vitamin E memutihkan/mencerahkan kulit

Vitamin E, vitamin larut lemak merupakan salah satu antioksidan yang berkuasa  menghalang serangan radikal bebas. Komponen radikal bebas ini adalah penyebab kepada wujudnya tanda-tanda penuaan, seperti kedut pada kulit. Senang kata, radikal bebas merosakkan kulit yang cantik, sihat, muda, tegang!  Oleh kerana itu, kita sangat-sangat memerlukan penghapus radikal bebas - antioksidan! 

Selain menghalang radikal bebas, vitamin E juga penting dalam peredaran darah. Sistem peredaran darah yang sempurna dan sihat menggalakkan penghasilan sel kulit  baru yang sihat (dan cantik tentunya!). Kerana itu, orang yang mengamalkan pengambilan vitamin E akan perasan kulitnya kelihatan kemerah-merahan, berseri macam pengantin.

(Saya amat menggalakkan pengambilan vitamin E untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kusam)

Bagaimana Vitamin A memutihkan/mencerahkan kulit

Vitamin A merupakan satu lagi antioksidan, yang paling berkuasa antara ketiga-tiga ahli kumpulan antioksidan yang dikenali dalam singkatan ACE. Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. 
Vitamin A sangat penting juga dalam penghasilan sel baru yang sihat disamping memelihara sel kulit yang lama. Vitamin A juga sebenarnya amat diperlukan untuk menghalang kulit kering melalui penghasilan sebum - minyak semulajadi dari badan untuk kelembapan kulit.


Bagaimana Zink memutihkan/mencerahkan kulit

Zink penting dalam penjagaan kulit, apatah lagi yang nak kulit cantik dan putih. Kenapa? Kerana zink sebenarnya mempunyai property seperti antioksidan (walaupun tak sepower ACE). Zink mempercepatkan penyembuhan luka pada sel kulit - sama ada jerawat, luka biasa. Kekurangan zink menyebabkan tumbuhnya jerawat, atopic dermatitis atau psoriasis.

NAK TAMBAH SERI KULIT?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...