Followers

Monday, June 24, 2013

Pengalaman manis saya dengan Shaklee: Beli vitamin Shaklee untuk kawan

Saya ada banyak pengalaman menarik selama bergelar pengedar Shaklee. Semuanya manis-manis. Ada kisah pelanggan, ibu ayah, kawan-kawan terdekat, rakan seShaklee yang kebanyakannya memberi inspirasi. Malah ada juga yang membuat saya termenung, merenung jauh ke dalam diri. Benarlah kata Saidina Ali, seorang muslim adalah cermin kepada muslim yang lain :)

Kali ini saya kongsikan kebaikan hati seorang sahabat yang memesan Shaklee, untuk dirinya dan berbagi dengan kawan baiknya. Kali pertama saya jumpa pelanggan yang beli untuk kawan guna duit sendiri.

Puan Sadiah, mula menjadi customer saya apabila beliau memesan set D (set kulit) untuk anak terunanya. Maklum saja remaja, mesti banyak naik jerawat kan sebab hormon sedang bercelaru masa ni ;).

Kemudian, dia berhubung lagi dengan saya bertanyakan perihal vitamin untuk orang berpantang. Ingatkan beliau sendiri yang dapat anak baru...rupanya bertanya bagi pihak. Risau sangat dengan kawannya yang baru bersalin ceaser tu. Maka, saya dengan senang hati berkongsi vitamin-vitamin yang boleh membantu proses pemulihan luka bersalin dengan cepat. Antaranya Zink, Vitamin C dan ESP.

Lalu, dia pesan 2 botol vitamin C. Satu untuk dirinya, dan satu untuk diberi pada sahabatnya. Tak lama selepas itu...Puan Sadiah kontek saya lagi. Nak vitamin B Complex dan Ostematrix pula.

Inilah ceritanya:


Vitamin B Complex pun nak bagi setengah kat kawannya tau. Sebotol BComplex ada 120 biji, jadi bila beri 60 biji pada sahabatnya itu...kurang-kurang kawannya boleh makan selama 2 bulan! Bolehlah tambah tenaga semasa berpantang dan menyusu.


 Kata saya: Kawan puan sangat bertuah! Dapat kawan yang tak berkira wang ringgit asalkan sama-sama sihat. Saya pun bertuah sangat dapat kenal Puan Sadiah yang baik hati ni :). 


Bukan saja dia baik hati pada kawannya, tapi dia juga baik sebagai pelanggan. Amat memahami kekangan penjual seperti saya. Maklum saja, penjual ni kadangkala ada hal yang tak dapat dielakkan hingga tak dapat keluar pos barang pesanan pada hari yang sama.



Alhamdulillah. Semoga Puan Sadiah dilimpahi rahmat yang banyak di bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal tiba.


Nak pesan Shaklee dengan saya atau nak jadi ahli Shaklee:
Kontek saya di telefon 019 959 8249
atau lebih mudah melalui emel tuankalsum[at]gmail.com


Saturday, June 15, 2013

Produk Kesuburan: Saya bukan sekadar jual set mudah hamil Shaklee

Ramai isteri yang menghubungi saya bertanyakan produk Shaklee yang boleh membantu mereka untuk hamil. Ada yang baru kahwin, ada yang sampai 15 tahun kahwin. Malah ada juga suami yang mahu beli untuk diri sendiri dan juga untuk isteri. Masing-masing berhajatkan cahaya mata penyeri hidup.
 
Tapi, adakah saya perlu cepat-cepat tarik mereka supaya beli segera? TIDAK!
 
Saya perlu tahu sedikit sebanyak 'sejarah' dan latar belakang mereka. Penyebab ketidak hamilan ada banyak. Dan...tidak semua boleh dirawat dengan set kesuburan Shaklee. Dan...saya juga tahu ada orang yang berjaya hamil selepas bertahun-tahun hidup berdua tanpa mengambil sebarang produk kesuburan atau produk cepat hamil  dan yang seangkatan dengannya.
 
Adakah pelanggan benar-benar perlukan produk kesuburan untuk hamil?

 
Panduan ke arah kesuburan wanita
Ye, saya BELI dan BACA buku ni sebagai panduan, bukan sembrono je suruh orang beli  Set Subur Shaklee :)
 
Kegagalan untuk hamil boleh disebabkan oleh:
  • masalah hormone wanita - PCOS, paras prolactin yang tinggi, sindrom menopaus awal
  • Endometriosis
  • Fibroid
  • Tiub fallopio tersumbat
  • masalah Rahim atau ovary
  • masalah mucus servik
  • masalah immune
  • ketidaksuburan untuk kehamilan kedua dan seterusnya juga boleh disebabkan sebab-sebab di atas
  • masalah ketidaksuburan dari pihak suami
  • masalah ketidaksuburan yang tak terungkai -- Allah je yang tau
 
Masalah-masalah di atas hanya dapat diketahui sekiranya pelanggan pernah membuat pemeriksaan kesihatan di klinik/hospital. Saya takkan tau jika empunya diri tak bagitau. Empunya diri pula akan tau sebelum dapat pengesahan mereka yang pakar. Jadi, penting ye buat pemeriksaan, cari punca tak hamil/susah hamil ni.

 
Faktor luaran yang mengganggu kesuburan namun jarang disedari :
  • merokok/hidup dengan perokok
  • alcohol
  • kafein berlebihan
  • berat badan berlebihan/kurang berat badan (underweight)
  • cara hidup -- terlalu stress, cara pemakanan, etc
  • pekerjaan
  • persekitaran
Tengok pada senarai faktor luaran yang menyebabkan ketidaksuburan, masalah ini boleh diatasi secara semulajadi dengan mengubah cara hidup, persekitaran, berhenti merokok dan alcohol. Tak perlu produk 'magik' untuk hamil pun :)
 
Sekarang, anda rasa anda perlukan Set Kesuburan Shaklee untuk hamil tak?
 
 
NAK IKHTIAR HAMIL DAN DAPATKAN KONSULTANSI PERCUMA?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.

 
 
 
 
 

 
 
 
 


Friday, June 7, 2013

Santai Jumaat: Resepi buah labu untuk hujung minggu!

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang penuh berkat.
 
Sesekali kita buat post santai ye ;). Boring makan vitamin je. Saya dok piker-piker apa makanan yang boleh disediakan wiken nanti. Nak yang simple tapi sedap.
 
"Ting!!!". Idea datang. hehe. Ada nampak lampu Philips yang menyala terang kat kepala.
Saya nak buat tema masakan LABU minggu ni. Kenapa labu?
 
Buah labu nampak sedap. Warnanya kuning keemasan dan salah satu buah yang mempunyai vitamin dan mineral ~ serba boleh gitu. Dan...labu juga merupakan buah (kalau boleh dikategorikan sebagai buah) yang menjadi kesukaan lelaki kesayangan, Rasullah SAW. Bukan calang-calang buah labu ni. Makanan sunnah tau.
 
Jadi, beberapa menu dalam kepala sekarang ni:
 
Sup labu (ala-ala sup cendawan tapi diganti dengan labu sebagai bahannya) cicah roti untuk sarapan pagi dan minum petang.
 
Oleh kerana buah labu ni biasanya montel-montel, sekali masak tak habis sebiji.
 
Jadi...resepi kedua mungkin cekodok labu atau bingka labu.
 
Dah terasa kesedapannya...yum yum.
 
*Labu yang menjadi salah satu bahan utama dalam Nutriferon Shaklee boleh meningkat imunisasi badan. Ianya sangat digalakkan untuk orang yang mudah jatuh sakit.
 
Apa menu anda wiken nanti ye? Kongsi-kongsi la ye. Kalau sudi share resepi...sat lagi saya terjah. Boleh tinggal komen beserta link resepinya :)
 
 
Selamat bekerja dan berhujung minggu!!!
 
 
 

Wednesday, June 5, 2013

Set subur Shaklee...sah hamil selepas sebulan

"Alhamdulillah kak, baru sebulan guna Shaklee dah berhasil...saya dah pregnant kak..Alhamdulillah rezeki Tuhan bagi kan kak dan dalam masa yang sama saya berusaha..tima kasih banyak2 kak.."
-Jumaat, 31 May 2013.

Suka saya kongsikan kegembiraan pelanggan saya yang mengamalkan set subur Shaklee  dengan pembaca sekalian. Mungkin ada juga yang tercari-cari set kesuburan paling sesuai.  Set vitamin Shaklee mungkin boleh dipertimbangkan :) 


Salah seorang pelanggan saya, mula usha-usha tanya set vitamin nak cepat hamil pada bulan Mac 2013.  Saya bagi beliau baca fungsi set subur Shaklee dan terangkan cara-cara memakannya. Pada mulanya, dia nak beli set untuk isteri je, tapi kemudian mengubah fikiran untuk ambil fullset, untuk suami dan isteri. Dia dah mula ambil pada April 2013. 

Dan...ini cerita terbaru yang saya dapat.

Syukur..




Dah positif hamil! Rezeki Tuhan bagi. Doa untuk dapat anak makbul. Doa makbul bukan sebab 100% kerana makan set Shaklee, tapi...Kun Fayakun kann? Nak tau saat doa mula makbul ialah, pada saat kita mula berusaha untuk mencapainya -- set subur Shaklee sebagai asbab.

Ya...set subur Shaklee bukan magik sampaikan setiap orang yang ambil terus pregnant. Itu yang saya ingatkan tiap kali orang nak pesan set yang famous ni. Maklumlah, orang berharap kan. Tak best pulak jual harapan menggunung yang mungkin palsu.

Namun, secara saintifiknya, Insyaallah ia amat membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri. Di sini letaknya kepentingan memahami kaitan antara vitamin dan masalah kesuburan yang dihadapi. Jadi, sebelum beria-ia ambil, perlu tau kenapa perlu ambil. Ada masalah kesuburankah? Dari masalah suami atau isteri? Atau ada penyakit lain yang tersembunyi. 

Lakukan pemeriksaan yang sesuai, dapatkan nasihat pakar, dan berusahalah sehabis baik :)

Alhamdulillah :)
Doakan semoga kandungan bakal ibu baru ini selamat, anaknya sihat, cergas, cerdas, dan menjadi penguat pada agama, dan pendinding ibu ayahnya dari api neraka.


NAK IKHTIAR HAMIL DENGAN SET SUBUR SHAKLEE?
 
********************************************************************
 
SMS/CALL/WHATSAPP: 019 959 8249 (Yong)
Pengedar Shaklee Pulau Pinang
Penghantaran ke seluruh Malaysia,Brunei, Singapore dan Indonesia.
  
********************************************************************
 
KONSULTANSI PERCUMA, HARGA TERBAIK
Pilih yang selamat, pilih dengan bijak.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...