Followers

Saturday, March 31, 2012

10 sebab untuk memilih Get Clean Basic H sebagai pencuci

Sejak mula menggunakan Basic H Shaklee ini untuk cuci kereta, saya sangat berpuas hati. Sebelum ni, kalau tak ada syampu cuci kereta yang sebenar, saya akan cuba guna syampu rambut atau shower foam. Tapi nanti akan ada kesan-kesan sabun walaupun disiram air bergelen-gelen. Nampak bertampuk-tampuk. Bila paka  Get Clean Basic H, semuanya bersih. Puas hati! Cuci tayar yang penuh gris tu pun senang je. Sesudu basic H di campur 4 liter air. Boleh guna untuk kereta yang tak dicuci selama 2 bulan. Maklumla, bila kereta lama ni, semangat nak mencuci kereta tu dah kurang. Asal boleh kenal kereta tu selagi tu tak cuci. Alih-alih, tunggu balik kampung la baru nak menggilap balik debu-debu dan menggilap tayar.

Selain untuk cuci kereta, saya juga gunakannya untuk:

1. Rendam sayur yang dah layu. Masa ni, yang layu boleh jadi segar semula. Bukan itu saja, yang lebih menakjubkan, nampak ada hitam-hitam macam sisa racun je yang tanggal dari sayur tu. Kalau sekadar rendam dalam air selama sejam, partikel hitam tak akan keluar melainkan direndam dengan Basic H. Kuantiti Basic H yang perlu cuma 2-3 titik. Jimat.

 Sayur layu A (tanpa Basic H)
Sayur layu B (ditambah Basic H)

 Selepas dibiarkan beberapa ketika. Sayur B dah jadi segar, sampai terkeluar dari besen, tapi sayur A masih layu.

 Sayur A dan B dari jauh.

Kotoran hitam yang keluar dari sayur yang direndam Basic H.


2. Tanggalkan kesan putih/kuning deodoran pada bawah lengan baju/singlet.

 Sapukan Basic H pada bahagian kotoran degil. Rendamkan dan basuh seperti biasa.

Tadaaaa. Bersih dah.

3. Basuh peralatan berkarat kerana air. Contoh, cerek!
 Sebelum.
Selepas disental dengan Basic H.

4. Cuci cermin/tingkap. Kerja mengelap tingkap dah jadi kegemaran pulak sekarang. Senang. Campurkan 3-4 titik basic H dalam sprinkler, sembur ke cermin, dan lap. Senang cuci dan bersih. Tak ada kesan macam sabun.
5. Mop lantai.
6. Cuci bilik air terutama mozek yang kekuningan kerana karat air dan kulapok pada lantai.
7. Cuci pinggan mangkuk. Terutama kalau yang berminyak. Saya guna Basic h buat cuci pinggan mangkuk masa Raya Haji. Maklumlah, semua makan daging dan berlemak time tu. Nasib baik ada basic H stand by kat kampung. Kerja mencuci jadi mudah. Dan sekarang, sejak-sejak mood buat cookies datang, Basic H diguna untuk cuci bekas adunan yang berminyak kerana mentega. 
8. Siram pokok. Di US, ada yang gunakan untuk kebun mereka. Tengok sini. Mereka menggantikan baja kimia bertoksik dengan basic H.

Walau diguna untuk bermacam-macam perkara, belum pun sehabis sebotol yang saya guna. Ini kerana ianya sangat pekat. Dari botol 16oz (473ml), kegunaannya bersamaan dengan 48 gallon air! 
Jimat, praktikal, dan selamat untuk kita, juga untuk alam sekitar. Formula tanpa toksik, semulajadi, pekat, mesra alam (biodegradable) dan bebas FOSFAT.




Sunday, March 4, 2012

Pengenalan produk: Carotomax - Gabungan beta karoten terbaik termasuk astaxanthin!

Kali pertama saya cuba memahami beta karoten, salah satu antioksidan penting yang diperlukan tubuh selain Vitamin E dan Vitamin C. Kumpulan antioksidan yang lengkap dikenali sebagai ACE.

A - Vitamin A. Vitamin A terdapat dalam dua bentuk - Vitamin A dan beta karoten. Pengambilan beta karoten adalah lebih selamat keran ia akan ditukar kepada Vitamin A hanya apabila diperlukan. Jadi, tiada kebimbangan terlebih dos vitamin A di sini.

C - Vitamin C yang larut air sangat penting untuk melawan radikal bebas yang bermaharajalela di seluruh salur darah.

E - Vitamin E larut lemak, melawan radikal bebas dalam lemak la ye.

Kebiasaan saya cuma mengambil Vitamin C, kadangkala Vitamin E. Baru kali ini tertarik dengan Vitamin A pula, yang dijenamakan sebagai Carotomax oleh Shaklee. Saya mula tertarik dengan Carotomax selepas pulang membeli belah semalam. 

Ini kerana, rakan saya ada beli pelembap yang mengandungi Astaxanthin. Kesemua rangkaian produk jenama ini mengandungi Astaxanthin - dari pencuci muka, toner, serta pelembap. Bahan ini di 'highlight' sebagai kelebihan jenama ini. Dari sini, bermulalah siasatan saya.

Apa itu Astaxanthin? Apa kelebihannya? Apa manfaatnya? Apa fungsinya? Istimewa sangatkah Astaxanthin ini hingga dihighlighht sebegitu rupa?

Hmm..memang astaxanthin ada kelebihannya tersendiri. Setelah saya menyelidik, salah satu produk Shaklee kegemaran saya juga ada mengandungi astaxanthin:


Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan 
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput 
      lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


**Sambungan astaxanthin akan dikongsi selepas entri ini.

Petua kecantikan dan kesihatan tip top dari Dato' Siti Nurhaliza


Nama Siti Nurhaliza tak perlu diperkenalkan lagi. Siti si manis 17 waktu dikenali dulu sudah bergelar Dato' Siti pula. Kejayaan berterusan Dato' Siti dari mula mencipta nama hingga kini memang menjadi inspirasi. Apa saja yang dibuatnya, diwar-warkan, akan jadi ikutan. Sebab tu sekarang ramai dah kenal tudung Dato' Siti .

Selain kejayaan mencipta nama, Siti juga jadi sebutan kerana kecantikannya. Hingga kini, walau sudah memasuki 3 series, Siti masih berseri. Kata Siti waktu saya menonton Nona di TV3 tadi, dia mengamalkan 4 perkara:

1. Rehat yang secukupnya. Gunakan waktu yang terluang sebaik mungkin. Dapatkan tidur yang cukup.
2. Bersenam, menggerakkan otot dan menyahkan toksin tubuh melalui peluh.
3. Jaga pemakanan. Pastikan mengambil supplemen, terutama vitamin larut air yang perlu sentiasa diganti. Vitamin B (B for Beauty) dan Vitamin C tentunya (C for collagen - gam dlm badan yang mencantumkan sel-sel agar kulit lebih cantik dan tegang).
4. Jaga juga kecantikan dalaman - buang hasad dengki, penuhkan hati dengan cinta dan kasih sayang  - yang ni Siti tak sebut kot tadi.
5. Pilih produk penjagaan kecantikan yang bersesuaian dengan keperluan kulit anda.

Anda peminat Siti? Ikutilah tips-tips berguna ni ye :)

Shaklee punya rangkaian supplemen yang terbaik dan mampu dimiliki. Dari vitamin untuk kecantikan dan kesihatan hinggalah set penjagaan rumah - set get Clean.
Andai ada rezeki, mau juga saya mengesyorkan Shaklee pada Siti (entah-entah Siti memang makan Shaklee ni tak?). Setakat ni, mantan PM Dr Mahathir selebriti paling terkenal juga mengamalkan supplement ini. Jadi tak ada keraguan lagi kalau Dato Siti pun mau mencuba. Anda juga boleh cuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...