Followers

Monday, August 13, 2012

Vitamin Ibu Hamil: Masa paling sesuai untuk mengambil Omega-3

Ibu mengandung, tidak kira kali pertama atau sudah berkali-kali selalu sahaja mahukan yang terbaik buat anak dalam kandungan.  Ibu-ibu mengandung tidak akan pernah lupa mengulang baca surah Luqman/Maryam/Yusuf supaya nanti anaknya menjadi anak yang cantik/tampan serta soleh/solehah.  Hati ibu mengharapkan anaknya sihat sejahtera dan lahir sempurna. Kemudian, ibu berharap agar anak dikandung menjadi anak yang cerdas dan pintar. 

Setelah diberi bekalan rohani melalui alunan ayat suci Al-Quran, ibu hamil pasti berusaha melengkapkan diri dengan nutrien yang membantu anaknya jadi cerdas dan pintar. Selalunya, bab pemakanan amat dititikberatkan. Makanan-makanan yang baik jadi pilihan, makanan-makanan kesukaan yang memudaratkan akan dihindarkan. Ibu bijak zaman sekarang sudah tahu kepentingan  Omega-3
untuk bekalan DHA untuk perkembangan otak janin kecil di dalam perutnya. Oleh itu, tidak hairan jika hidangan ikan jadi pilihan sampai 3-4 kali seminggu.

Ikan merupakan sumber Omega-3 yang baik dengan kandungan DHA yang tinggi. Lebih-lebih lagi ikan laut dalam. 

Tidak cukup dengan hidangan ikan dalam menu harian, supplemen juga jadi pilihan makanan tambahan. Menurut kajian, masa paling sesuai untuk mula mengamalkan Omega-3 adalah ketika trimester ketiga iaitu apabila otak janin sedang terbentuk. 

Jadi, tidak hairan jika Omega Guard Shaklee dari sumber ikan laut dalam dengan bekalan DHA terbaik ini jadi pilihan pelanggan-pelanggan yang sedang hamil. 

Omega-3 memang bagus untuk perkembangan otak bayi, dan ia juga bagus untuk ibu. Ini kerana, Omega-3 merupakan asid lemak yang amat diperlukan oleh badan. Asid lemak dari Omega-3 boleh memecahkan lemak, merendahkan kolestrol dan paras trigliserid, merendahkan tekanan darah dan mencegah kematian mengejut disebabkan denyutan jantung abnormal.

Namun begitu, dek kerana fungsinya 'menipiskan darah', yang akan melambatkan darah berhenti ketika bersalin/pembedahan, adalah dinasihatkan ibu hamil untuk menghentikan pengambilan Omega-3 apabila hampir tarikh bersalin. Sebaiknya 2 minggu sebelum tarikh yang diberi doktor.


Omega Guard Shaklee, mengandungi 1000mg Omega-3 dengan DHA dan EPA.
Diperbuat dari minyak  ikan dan BUKAN MINYAK HATI IKAN. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...