Followers

Tuesday, July 17, 2012

Vitamin Ibu Hamil: Vitamin D untuk kekuatan tulang ibu dan bayi

Sambung lagi perihal vitamin ibu hamil :).

Jika sebelumnya, kita kongsi perihal kepentingan asid folik untuk ibu hamil, jom gali lagi apa lagi vitamin penting untuk ibu hamil.

Dari pembacaan saya dari buku yang ditulis oleh doktor bertauliah dan juga maklumat dari carian google, Vitamin D termasuk dalam salah satu vitamin penting untuk ibu hamil (dan ibu menyusu). RDA yang disarankan pada ibu hamil dan menyusu adalah
200-400IU. 

Mungkin ramai yang tahu, sumber utama vitamin D adalah yang paling mudah iaitu dari matahari. (Matahari menyinari apa yang disayangi). Berjemur selama 10 minit di bawah cahaya matahari tanpa perlindungan UV sudah memadai bagi mendapat RDA yang disarankan. Nampak mudah kan nak cukupkan keperluan vitamin D ni? Tetapi, masih ramai sebenarnya yang tanpa sedar kekurangan Vitamin D disebabkan kesibukan seharian. Masuk kerja sebelum matahari muncul dan pulang hanya setelah matahari tenggelam. Langsung tak sempat nak menatap matahari.

Kekurangan vitamin D dalam diet harian mengakibatkan kalsium dari susu dan makanan tidak diserap dengan sempurna. Kekurangan kalsium dan vitamin D pada ibu akan turut memberi kesan kepada bayi. Bayi mungkin mengalami masalah kekurangan mineral dalam tulang (tulang rapuh) malah dalam kes yang lebih serius, ia menyebabkan riket pada bayi!

Selain itu, Ibu-ibu yang kekurangan vitamin D mungkin mengalami pre-enclampasia - masalah komplikasi ketika hamil yang paling serius.

Apapun, jangan lupa untuk menjenguk matahari bagi menjamin bekalan vitamin D mencukupi untuk ibu dan bayi.

Sekiranya masa terlalu cemburu untuk kita bercanda mesra dengan sang mentari, ibu yang mengamalkan Vitalea Shaklee atau Ostematrix Shaklee tidak perlu risau lagi. Vitamin D memang tersedia dalam kedua-dua produk ini!


Ostematrix lengkap dengan Vitamin D. 


Vitalea aka mutivitamin/obimin yang lengkap dengan Vitamin D.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...