Followers

Friday, April 20, 2012

Tips mendidik anak yang nakal dengan Alhamdulillah


Kawan saya berkongsi tips untuk mengubah perangai anak yang nakal kepada lebih baik. Ianya dari pengalaman ibu saudaranya yang mempunyai anak yang ramai, dan kesemua anaknya merupakan anak-anak yang soleh - baik pekertinya, dan baik pencapaiannya. Orang kata, semua anaknya menjadi. Anak-anaknya ketika kecil dulu nakal juga (anak kecil mana yang tak lasak kalau dah sihatkan?).

Kata makcik, tiap kali anaknya buat sesuatu yang menyirapkan darah, dia akan ucap "Alhamdulillah". Tak ada marah-marah, tengking dan herdik mengata yang bukan-bukan pada anaknya. Setiap kata ibu itu kan doa? Sebagai ibu, kawan saya agak skeptikal dengan pendekatan seperti ini. "Eiii, takkan la anak dah nakal pun tak tegur, tak pukul? Takkan nak biar je anak terus buat salah?". Itu yang terdetik di hatinya. Namun, kebelakangan ini, dia mencuba taktik yang sama. Tiap kali anaknya buat suatu kesalahan, dia menahan diri dari marah, sambil mengucapkan Alhamdulillah. Alhamdulillah, dengan izin Allah, perubahan ketara pada sikap anaknya. Sikapnya lebih baik, lebih tenang ibu yang melihatnya.

Pada tiap kali dia mengucapkan Alhamdulillah, si anak akan bertanya, "Kenapa mama ucap Alhamdulillah?". Dia hairan sendiri kerana dia tahu Alhamdulillah adalah kalimah kesyukuran. Takkan mama bersyukur bila dia buat salah? Takkan mama tidak memarahinya sebaliknya bersyukur pula? Ya, inilah masanya untuk menegur anak! Apabila anak itu tahu dia salah, patut ditegur, dia akan terima teguran dengan hati terbuka tanpa terluka dengan perkataan negatif. Jadi, peranan mama pula nak positifkan setiap perlakuan anak. "Mama syukur sebab anak mama tak buat lebih teruk dari itu. Anak mama kan anak yang baik. Dengar kata. Lagipun, kalau buat macam tu, anak mama pun tahu ianya salah. Allah tak suka, mama tak suka, papa tak suka. Tapi tadi tak sengajakan? Jadi mama maafkan :)."

Saya tahu bukan mudah mengucapkan Alhamdulillah, bila hati dah terbakar dengan perangai anak yang tak terjangka kan? Tapi, sedikit demi sedikit mempositifkan diri sendiri untuk melihat semuanya dari sudut yang positif, Insyaallah besar ganjarannya.

Tips ini selari dengan tips yang diberikan oleh Prof Muhaya. Kata beliau, penuhkan akaun emosi anak-anak. Sayangi dia, kemudian barulah boleh tegur. Jangan takut walau orang kata, nanti anak pijak kepala. Sedangkan kajian yang sebenarnya menunjukkan, anak-anak yang nakal adalah anak-anak yang miskin dari segi emosinya, kurang kasih sayang, kurang perhatian. 

Selamat mencuba! Selamat mendidik anak-anak yang soleh dan solehah.

post asal di sini

Tuesday, April 3, 2012

Tips basuh kasut PVC: Mudah dan praktikal

Cuaca mendung sepanjang hari. Udara lembap. Kalau cuci kasut, tak sempat kering nanti. Jadi, kasut yang dah kotor ni terpaksa dilap sahaja supaya tak ketara kekotorannya. Nasib baik kasut PVC je, boleh main lap-lap.

Caranya:
1. Basahkan kain untuk mengelap.
2. Titikkan 2 titik Get Clean Basic H2 pada kain.
3. Gosokkan pada bahagian yang kotor.
4. Hasilnya kasut putih bersih tanpa dicuci sabun :).Malah lebih bersih, lebih putih daripada cucian dengan sabun. Kalau sabun kan kita boleh tengok sisa-sisa sabun yang kuning-kuning tu di birai kasut.
5. Dah ada matahari nanti baru basuh talinya pula :)

Sebelum dicuci (lupa nak zoom pulak)

sesudah di cuci

Dah siap. Putih dan bersih.


Praktikal, jimat air, jimat masa kan?
Moto kita, Get Clean, Get Green. Yeahhh!

Kalau ada yang berminat nak dapatkan Basic H ni, boleh hubungi saya di tuankalsum[at]gmail.com atau 019-9598249.


Sunday, April 1, 2012

Virus gembira dari blog Barely Supermommy

Saya baru selesai membaca kesemua entri Dr Halina di blog beliau, Barely Supermommy. Ye, Dr Halina isteri kesayangan angkasawan Malaysia, Dr Syed Muzaffar tu. Siapa tak kenal selebriti kesayangan ramai ini kan.

Saya tak pernah kenal Dr Halina secara dekat. Namun, sejak beliau mula diperkenalkan sebagai tunang Dr SMS kepada umum, lebih-lebih lagi ketika media membuat liputan perkahwinan mereka, jauh di dalam hati saya merasakan Dr Halina bukan saja cantik luarannya malah dalamannya juga. Beliau suka senyum. Nampak ikhlas. Wataknya ceria disamping jejaka idaman Malaya. Tak nampak macam berlakon pun. Saya jadi jatuh hati pada Dr Halina sejak menonton siaran langsung perkahwinan beliau. Beliau pengantin paling cool yang pernah saya tonton di siaran langsung. Senyum sepanjang masa, melambai-lambai pada rakan taulan tanpa kontrol-kontrol walau ketika itu dirakam. Saya jadi kagum dan rasa nak tabik spring masa tuh. 

Hari ini, saya terjumpa blog beliau. Blog Barely Supermommy, berkisar perkembangan Sophea Isabella, puteri sulung kesayangannya. Saya senyum sepanjang membaca entri terakhir hingga pertama (Ye, saya baca terbalik kerana blog tak ada muka surat). Ia ditulis dalam bahasa mudah, seperti orang bercakap dan ketawa. Itu yang buat saya tergelak bila baca "hahaha".  Siap boleh bayangkan, masa tulis ni mesti Dr Halina tulis sambil senyum dan gelak-gelak. hehe. Aura gembira dari blog dr Halina berjangkit pada saya. Ah! Buat saya teringat kata-kata motivator kesukaan saya sekarang, Prof Muhaya. Bahagia bermula dari dalam. Apabila hati bahagia, persekitaran akan jadi bahagia (Bahagia di hati Dr Halina tersebar pada saya dah, walau cuma melalui blog).

Jadi, jomlah blogger sekalian, tulislah kegembiraan anda. Moga menjadi penyebab kegembiraan orang lain juga. 

Harapan saya pada Dr Halina, teruskan menulis :). Jadi inspirasi, saling memberi, saling berkongsi. Semoga Dr Halina dipertemukan dengan pembimbing yang baik untuk berjaya dalam misi hijrah yang telah dimulakan. Hijrah yang kecil namun bermakna (kata Prof Kamil, kecil tapi signifikan). Hijrah menjadi muslim dan mukmin, seterusnya jadi inspirasi untuk muslim muda yang mencari-cari idol. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...