Followers

Thursday, February 23, 2012

Enfuselle Eye Treatment : Mengurangkan kedut bawah mata


Dilema wanita di awal 30-an. Menuju 3 siri, wanita mula mengalami perubahan-perubahan hormon dan gangguan emosi. Gangguan emosi kerana belum cukup berjaya, belum cukup kaya, belum cukup berjasa, dan makin kelihatan TUA. Kedut-kedut mula kelihatan. Paling ketara, kedut bawah mata.

Saya juga mengalami simptom di atas. Kedut bawah mata memang kelihatan jelas. Risau. Sesuatu harus dilakukan. Tindakan yang berbaloi, mudah, dan berkesan. Iklan produk mengurangkan kedut bawah mata di televisyen dan majalah kelihatan mengujakan. Ye lah, dalam iklan tak sampai 2 minit, sekejapan sahaja kedut-kedut itu hilang. Siapalah tak teruja kan? Tidak mahu terpengaruh dengan iklan semata, saya cuba bertanyakan rakan-rakan mengenai produk-produk ini. Hasil soal selidik mendapati, iklan tidak boleh dipercayai, keberkesanannya diragui. 

Namun, saya tetap mahu mencuba walau sekali saja. Kalau tak jadi, tak perlu lagi percaya sampai bila-bila. Jadi, saya memilih untuk mencuba Enfuselle Eye Treatment. 







Mula-mula beli, memang bersemangat waja nak menempek di bawah mata. Biar semua kedut hilang segera. Tiubnya kecil sahaja. Cuma 14ml. Dari hari pertama, hingga kini, dah nak masuk 3 bulan, belum habis guna. Gunanya cuma sikit saja, satu titik kecikkkkk (sebesar tahi lalat sahaja) di sapu setiap kali, pagi dan malam. Bulan pertama, tak ada perubahan ketara. Bulan kedua, tak sempat nak belek muka, cuma sebelum pergi kerja memang sapu juga di bawah mata. Dah masuk bulan ketiga ni, baru perasan yang garis-garis kedut yang ketara dulu dah hampir hilang.
Misi berjaya!

Kesimpulan: Enfuselle Eye Treatment ni boleh diharapkan untuk menghilangkan kedut bawah mata. Cuma, perlukan kesabaran, tunggulah sekurang-kurangnya 3 bulan. 

-Testimoni Enfuselle Eye Treatment yang berjaya oleh tuan empunya blog-


_____________INFO DARI WEB SHAKLEE_________________________



Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Kenapa Mengantuk Selepas Makan?


Pukul 11.30 pagi, perut mula berkeroncong, berdendang sayang dan kadang kala berdikir barat. Jam 12 tengah hari, kitalah orang pertama beratur di kaunter makanan. Lapar. Pesan kat kakak yang tolong ceduk nasi, letak lebih sikit kak. Saya lapar ni.

Selesai memilih lauk-pauk dan sayur yang berkenan di tekak, bayar di kaunter bayaran, mata melilau mencari port paling best untuk menikmati hidangan tengah hari. Bermula dengan Bismillah, suapan pertama menyapa dimulut. Dikunyah dan ditelan penuh nikmat. Alhamdulillah. Bagai terasa nasi menuruni esofagus menuju ke perut. Asid hidroklorik yang merembes di dinding perut perlahan-lahan di neutralkan dengan hidangan tengah hari. Makanan mula mengambil tempat angin.  Sedikit demi sedikit, ruang perut mula terisi. Akhirnya selesai. Lega yang amat. Lepas ni boleh fokus buat kerja/menghadap kelas tanpa diganggu bunyi-bunyian dari perut lagi.

Namun, yang berlaku adalah sebaliknya. Ku harapkan perut yang kenyang membantu kerja-kerja di sisa hari dilangsai sebaik mungkin, kiranya makin sukar menumpukan perhatian. Perut sedang sarat, mata juga mula memberat. Layu. Otak mula merayau entah ke mana. Kantuk sudah menyerang!

 Mengantuk selepas makan! Fenomena biasa. Mengantuk selepas makan hari Isnin, berlarutan mengantuk hingga lepas makan hari Jumaat. Biasakan? Mengantuk biasa dikaitkan dengan perut yang kenyang. Pinggan diisi nasi sehingga tertutup seluruh dasarnya, siap membukit lagi. 

Menganalisa rutin mengantuk selepas makan ini, akhirnya saya bertemu jawapan. Seorang rakan sekerja dari Egypt berkunjung ke Malaysia, jarang makan nasi. Sehinggakan sukar sekali kami memikirkan tempat makan yang sesuai untuk beliau. Ya lah, rata-rata kedai makan di Malaysia ni menghidangkan makanan kegemaran saya, NASI. Beliau tak makan nasi, roti, makanan segera dan makanan pedas. Beliau cuma makan sayuran dan lauk-pauk. Itupun memilih cara masakan yang sihat sahaja. Tidak boleh masin, terlalu berminyak dan bermacam lagi. Apabila di tanya, kenapa tak makan nasi dan roti?

Katanya, dia pantang makan nasi. Wajib mengantuk. Puncanya adalah nasi atau roti. Rupa-rupanya, nasi dan roti ini tergolong dalam makanan tinggi indeks glisemiknya (high glycemic index). Indeks glisemik merupakan ukuran kadar kecepatan sesuatu makanan meninggikan paras glukosa dalam darah. Lebih cepat paras glukosa naik, lebih tinggi indeks glisemik makanan tersebut. Nasi/Roti (karbohidrat) tergolong dalam makanan tinggi indeks glisemik. Oleh sebab itu, setiap kali kita makan nasi (yang banyak), paras gula dalam darah meningkat dengan cepat lalu menyebabkan mata mengantuk. Pengetahuan tentang indeks glisemik makanan juga amat membantu kita merancang menu kesihatan. Oleh kerana itu, pakar kesihatan sering menyarankan kita mengambil lebih sayur/buah/lauk dari sumber selain karbohidrat sebagai cara mengawal berat badan sekaligus menjaga kesihatan secara keseluruhan.

Jadi kita amat digalakkan mengambil banyak sayur, lauk dan kurangkan nasi dari beras tinggi indeks glisemik. Ada juga beras yang rendah indeks glisemiknya, seperti beras perang.
Untuk makan pagi, Prof Dr Muhaya ada menyarankan banyakkan lauk/sayur dalam sarapan.Kalau goreng nasi atau mee, banyakkan udang, ayam, sayur di dalamnya. Elok juga banyakkan protien dalam sarapan pagi supaya segar memulakan kerja serta tidak terketar kelaparan sebelum masuk waktu makan tengah hari. Anda boleh cuba resepi ini - susu dengan protien untuk sarapan pagi.

Dah tau rahsia besar ini, bolehlah kita pakat mengelak mengantuk lepas makan lagi untuk hari esok dan seterusnya . Makan tetap kenyang, prestasi tetap terjaga.

Senarai Indeks Glisemik boleh didapati di sini







Saturday, February 18, 2012

Resepi Minuman Lazat Berkhasiat Untuk Sarapan

Saya nak kongsikan resepi yang saya dah cuba. Sedap dan berkhasiat. Diubahsuai untuk orang-orang yang liat nak minum susu dan juga penggemar susu. - Resepi ni dikongsi oleh Prof Dr Muhaya, pakar lasik di Prince Court Medical Center.

Bahan-bahan:
Susu segar  250ml
Badam
Kurma
Soy Protien/Mealshake

Cara:
Masukkan susu, badam (saya guna yang cap Giant je), kurma (2-3 biji, kuantiti ikut suka) dan ESP ke dalam blender.

 Jangan lupa tambahkan protien soya (ESP).

Blend kan semua sekali.


 Hidangkan dalam cawan/mug kegemaran. Nikmati bersama keluarga.



Sambil menikmati panorama pagi di beranda.
 Memerhatikan burung-burung mula keluar dari sarang meneroka alam mencari rezeki. (Err, yang hitam-hitam kat langit tu adalah burung).

 Menyaksikan matahari terbit. Sehari lagi untuk dinikmati dan disyukuri.

P/S; Untuk anak-anak, boleh ganti ESP dengan mealshake. Lagi la sedap sebab mealshake berperisa vanila.



 Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.


Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada  keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•  Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

*Berminat untuk tahu lanjut mengenai Mealshake dan ESP, hubungi saya: 019-959 8249 atau emel tuankalsum[at]gmail.com. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Pulau Pinang.



Thursday, February 16, 2012

Kosmetik pilihan saya: Pelembap/Krim muka tanpa paraben


Pelembap/krim muka pilihan saya mestilah yang tidak berminyak, tekstur yang ringan, mudah dicuci supaya senang nak berwuduk dan memberi kesan yang sepatutnya. Maksudnya, kesannya bukanlah kesan negatif melainkan yang positif belaka. Tak mau la bila pakai nanti, muka nampak bertompok-tompok, kulit mengelupas, dan paling ditakuti, kesan jangka panjang yang memudaratkan hingga merosakkan kulit muka yang dah sedia cantik ini :).

Setelah membelek-belek, fikir-fikir, saya pilih yang ini!

Enfuselle Hydrating Moisturizer untuk kulit normal hingga kering
(Untuk kulit berminyak, boleh pilih Enfuselle Balancing Moisturizer)

Teksturnya ringan, tidak berminyak, dan bila pakai bedak, semuanya sekata tanpa tompok-tompok. Paling penting, tak perlu bersusah payah nak bawa pencuci muka ke pejabat untuk menanggalkan krim ketika berwuduk nanti. Senang dan amat praktikal.


Lagi satu, saya tak perlu risau kesannya ke atas kulit di kemudian hari. Ia telah diuji secara klinikal di makmal dan disahkan oleh dermatologist. Tak ada paraben atau dye. Ianya hypoalergenic. Tak ada keraguan dan selamat digunakan. Saya mesti pilih!



Oh ya, dah siap dipatenkan sekali. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Enfuselle Hydrating Moisturizer:

Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...